saya cuba menulis, berbicara di helaian blogger.com, berkata-kata pada tembok facebook.. saya hanyalah orang yang tidak mempunyai "sahabat"
Tuesday, 5 August 2014
Diari sementara 2
01/04/2014
Aku dengan sabar melihat detik jam bergerak di paparan telefon bimbit ku, pukul 07.30 am
"ah,lambat lagi. aku kena berada disana pukul 09.00 am,bukan jauh pun". Hari ini adalah hari pertama aku akan mula berkerja di syarikat mydin berhad sebagai juruwang. Oleh kerana aku masih menganggur kerana baru sahaja menghabiskan pengajian.
Aku mula kan langkah aku dengan memberi salam kepada kuburan yang berada di tepi jalan kerana aku berfikir lebih baik membaca surah al-fatihah kepada mereka walaupun aku tidak mengenal siapa di dalam kuburan itu. Lagi pula memberi salam itu sedekah aku kepada mereka. Teringat aku kepada guru ku, beliau mengatakan "hidup ini sementara, apa kita amalkan itulah bekal kita, dan anak-anak kita adalah orang yang warisi apa yang kita amalkan, jika kita bersedekah anak kita akan menjadi suka bersedekah, jika kita menghormati orang tua, anak kita akan hormat yang lebih tua" , sungguh sejak tamat sekolah 5 tahun lalu, aku tidak mendengar cerita lagi tentang guru ku yang telah tua itu.
08.40 am aku sampai di pekarangan hypermarket, aku memakai baju putih bersih macam budak baru datang daftar sekolah. hahahaha sebenarnya agak kelakar bila aku mahu berkerja sebagai juruwang, walaupun bukan kali pertama, tapi oleh kerana ma aku yang asyik bising mintak aku mohon kerja kerajaan, aku memang anti kerja dengan kerajaan terutama polis dan tentera, alasan aku? mudah kerana aku lebih suka menyimpan janggut dan berambut panjang. Jangan ingat janggut dan rambut panjang itu tidak kemas, lihat sahaja Albus Dumbledore cantik berjanggut panjang serta mempunyai rambut yang cantik putih.
09.00 am selepas mendaftar di pintu masuk pekerja aku menunggu bosan melihat jam besar saiz pemeluk lelaki dewasa berdetik. Menurut pengawai keselamatan aku perlu menungu sehingga pukul 9.30 untuk taklimat pekerja baru oleh pegawai sumber manusia hypermarket. huh! kebosanan menghantui aku.
Labels:
diari sementara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment