"Mak telah tetapkan duit hantaran rm 50k" mya bagitahu zam.
Zam yang sedang menghirup secakir milo tenang mendengarnya.
"Zam dengar tak ni?" Mya sakit hati zam seolah tidak mendengar. "Ya,zam dengar.. " zam tenang menjawap.
Mya lega mendengarnya..
"Bila zam nak masuk meminang?" Mya bertanya.
"Bila cukup duit nanti lah" zam acuh tak acuh menjawap. Huh! 50k tu bukan sikit,baik aku nikah dengan awek thailand lagi cantik dan murah ..hati zam berkira kira..
"Nanti mya bagitahu mak mya abg setuju ya" mya senyum gembira. Kening zam terangkat.."bila pula zam setuju, zam cakap nanti lah zam fikir" zam bangun ke kaunter bayaran.
Mya terkedu mendengar kata kata zam.. "zam nak nikah dengan mya ke tak ni?" Mya mula rasa marah. Zam melihat mya tanpa rasa ingin menjawap. Zam terus berlalu pergi meningalkan mya.
saya cuba menulis, berbicara di helaian blogger.com, berkata-kata pada tembok facebook.. saya hanyalah orang yang tidak mempunyai "sahabat"
Monday, 10 August 2015
Hantaran 50k
Thursday, 25 June 2015
Drama kehidu
Haru betul.. aku nak cerita ni
Le me dekat celoh batu pantai mengabang telipot. Hujan lebat tidak mengangu tumpuan aku terhadap laut. Angin sejuk langsung aku tidak terasa walaupun malam kian mengelap tanpa bulan.
"Bro,ko dah dapat ikan belum?" Satu suara menyapa aku. Aku menoleh ke atas batu sambil tersenyum.
"Dapat dah sekor, ikan sembilan"
"Berat berapa?"
"Dalam setengoh kilo kot"
"Mung pakai umpan gapo?"
"Roti gradineia"
Abang yang bertanya tu kaget. Biar betul budak ni.
"Ko okay tak ni?mana ada orang ngail pakai umpan roti"
Aku tersenyum
" aku tak okay,hahahaha"
"Cuba royak ke aku,bakpo mung sadis sangat ni"
"Aku baru tahu awek aku dah bertunang hari ni, raya ke 5 kekgi dia nikoh doh" jujur aku bercerita.
"Parok gok tu, doh mung cari lain ah"
"Kalau mudoh dok apa jugok.. tapi sedih tol hati ni" tangan aku menbaling umpan joran ke arah laut
"Gini ah.. mung royak ke aku,awek guana mung minat" serius abang tu bertanya.
"Awek hok sejuk mata memandang, tapi tak da mood nak ngorat awek dalam masa terdekat ni.. nok nok lagi awek dekat ganu ni"
"Mung penoh join tabligh kan?"
"Penoh ah sekali zaman belajar"
"Bagus ah kalau gitu, masa gini ah mung molek kuar jemaah. Keluar negara rehat kan minda mung tu. Mung tahap kritikal doh kalau ngail pun bahan roti buat umpan" aku tersenyum..
"Mung ada pitih dok?" Abang tu terus bertanya.
"Ada lah sikit simpanan, simpan untuk nikoh..tapi jadi gini gok..boleh guna lah sikit."
"Gini, mung kuar ah negara mana mung nok ge.. masa mung kuar tu mung belajar bab agama sambil cari awek hok mung kenang.tapi tengop gitu aje lah..bukan cari sunguh " abang tu utarakan cadangan nya.
"Boleh ke gitu? Pusat tak maroh ke? Penoh dengar jemaah tak leh nikoh masa kuar tabligh"
" Ni aku nok royak ni! Masa mung kuar tengop hok mung kenang doh ah. Sambil usha dia tu dah berpunya atau tak. Lepas tamat jemaah,mung gi ah mula tempat tu lamar gadis tu. Insyakallah jodoh tak kemana"
Idea abang ni sangat bernas.
"Abang macam penoh buat aje?" Soal ku. Abang tu tersenyum.
"Aku pun macam mung jugok dulu, awek kena kebas dengan orang lain. Leni bini aku orang rusia. Awek blonde sana comel sangat."
Bergitu rupanya..dalam kesedihan malam ni aku dengar cadangan bernas.
"Kalau mung susoh nok cari, merantau lah seluruh dunia. Insyakallah bertemu jugok nanti.. dok apa lah..aku nok duk kat celoh batu nung. Jaga diri mung molek. Assalamualaikum." Abang tu sudah berjalan pergi
"Waalaikumusalam,terima kasih bro"
Aku tersenyum.. jalan keluar yang menarik..aku akan cari pengantimu bekas kekasih.
Sunday, 10 May 2015
Angin 10/5/2015
Tanya pada angin
Kenapa aku harus melihat kebodohan ini
Bayu lembut hembusan angin tersenyum
Jawaplah angin
Kenapa aku harus melihat sikap penyebar fitnah ini
Angin riang mendengar pertanyaan ku
Jawaplah angin
Kenapa aku melihat penipu pengkianat berkuasa
Angin meniup lembut menyabarkan
Jawaplah angin
Adakah ini ujian buat aku..
Ujian bersama golongan tidak berfikir
Golongan fitnah dan pendusta
Jawaplah angin
Usah berdiam bicara
Aku.. aku tidak tega bersama mereka
Aku tidak tega mendengar fitnah
Aku tidak tega ditipu dan dikhianat
Aku tidak mahu itu semua
Wahai angin
Bicaralah dengan ku
Hanya pada mu aku berteman
Teman dalam ujian ilahi ini
Bicaralah angin
Vlad qatrunada
Monday, 4 May 2015
Stress budak psiko
stress budak psiko
Aku sampai di pantai lembah bidong. Pantai yang tenang tanpa pengunjung salah satu sebab aku memilih pantai ini. Tenang itu keperluan dan aku boleh bersendirian. Aku teringat kisah semalam.
Semalam aku kena marah dengan ketua bahagian akaun si pembuli misai. Kuncu dia si pendek buncik selalu mengambil kesempatan. Bila dia ada kerja yang harus disiapkan dia akan paksa aku melakukan nya. Bila aku menbantah si pembuli misai akan masuk campur dengan mengugut akan menburukan rekod kerja aku sebelum dihantar ke HQ. Bekerja dengan dengan mereka sudah tidak jadi "dengan" tetapi sudah menjadi "untuk". bekerja untuk mereka. Semalam aku kena marah kerana aku tidak siapkan kerja yang si pendek buncik tu paksa aku siapkan malah aku rosakan data yang seharusnya ditulis dengan betul. Semalam juga aku diberikan notis 24 jam berhenti kerja oleh HQ kerana kesalahan itu dengan nasiht si pembuli misai. Oleh kerana hari ini hari terakhir aku. Aku tidak pergi pun ke tempat kerja, aku juga telah menbawa pulang semua barang aku selepas menerima notis itu jadi tiada keperluan buat aku pergi kesana kembali.
Hari ini.. aku hanya nak rehat di pantai ini.
"ALLAH" aku melaungkan nama tuhan seraya melompat ke langit.
Aku melepaskan tumbukan berunsur angin ke arah laut. Tumbukan itu menyebabkan air laut bergelora seperti tembakan peluru daripada mesim gundam yang dipandu akira yamoto dalam siri gundam ace. Selepas menumbuk aku melepasan libasan kaki bersama unsur api. Terus sahaja air laut menjadi wap air. Kabus yang terjadi hasil libadan kaki tadi tidak menghalang aku untuk menembak bebola api ke arah langit seolah tiada apa di sana malah tidak diketahui sampai kemana bebola yang aku tembak tu. Langit seolah terang tanpa awan kerana tembakan aku tadi.
Sedetik detik jam berbunyi menyedarkan aku daripada khayal.
Aku kembali kepada hakikat yang aku telah kena buang kerja.. walaupun selama ni aku bekerja keras..
Salah orang lain..tapi aku yang dipersalahkan..
Wednesday, 8 April 2015
Pengalaman menbantu kawan tanam mayat
Pengalaman menbantu kawan tanam mayat
Pada pagi yang belum muncul cahaya matahari. Aku masih cuba lelap sebelum handphone 3310 warisan datuk ku berbunyi. Sadis diri ku ini.. neo menhubungi aku pagi itu meminta pertolongan. Neo menjanjikan aku sebuah handphone sony z1 yang cangih gedabak tu. Dengan segera aku pergi ke rumah neo yang terletak di kampung sebelah.
Sampai sahaja di rumah neo. Aku melihat neo sedang muram di atas tangga rumahnya. "Ko kenapa neo?" Aku mula menyoal neo
"Bro.. ko kena tolong aku bro.. bini aku dan meninggal.. " neo merenung aku dengan wajah muram..
"Bella dan meninggal? Sebab apa? Semalam sihat aje aku tengop dia" aku kaget mendengar khabar itu. "Bini aku mati sebab makan cokodok buatan dia sendiri. Ko tolong aku tanam mayat dia." Nel mengajak aku ke dalam rumahnya.
"Aku dah siap mandikan mayat ni dan kapankan. Ko ikut aku gali liang lahad dan tanam" sambung neo. " boleh aje, asal ko bg aku z1 baru satu" aku terima tugas yang neo bagi. " nanti dah siap tanam ko bacakan talqin sekali" neo mula mengangkat mayat bella.
Selesai sahaja mayat ditanam aku mula berdiri disisi kubur bagi menbacakan talqin. " wahai bella binti saleh , isteri neo bin neoron. Dengarkan ini. Bila sahaja suami kamu pulang ketahuilah kamu dia akan mencari penganti kamu sebelum sampai ke rumah dia. Jadi kamu"
Tiba tiba ada bunyi orang menjerit.
AaaaarRrrkkkkkk!!!!!!!!
"Bunyi apa tu" neo terkejut. Aku yang ketakutan melihat ke arah kubur bella. " neo tengop kubur bella". Kaki aku sudah terkaku.
Sehingga sekarang tiada yang tahu kejadian sebenar yang berlaku
Saturday, 28 February 2015
kisah orang bujang mengorak ( lawak 1 )
Dia memandang aku dengan mata reduh cantik dia..
dia tersenyum kepada aku
aku kaget,kenapa dia tidak pandai bahasa melayu. Baru aje nak mengayat
dia terkejut sambil memandang aku.
aku: awak sudah 25 tahun hidup di malaysia, tapi tidak pandai bahasa
saya akan mengajarkan awak bahasa ini.
dia tersenyum kepada aku
aku melihat dia pergi ke arah kereta persona putih plat terengganu.
aku akan tunggu kamu sayang.
Saturday, 14 February 2015
politik itu keperluan dalam drama
perdana menteri gajah mada memluaskan kerajaan majapahit dengan menjajah nusantara.
jadi cerita aku nak tulis adalah penyatuan semula nusantara, iaitu malaysia,indonesia,filipina,brunie,kemboja,partani dan dll. malah untuk keselamatan orang rohinya dan uigur juga harus dimasukan kedalam negara nusantara ini. bagaimana dilakukan?
pembentukan sesebuah negara hanya bisa dilakukan oleh orang berkuasa iaitu perdana menteri malaysia ( dengan pensetujuan majlis diraja ), presiden indonesia dan raja brunie. bagi tanah nusantara yang dibawah jajahan orang bukan islam seperti selatan thai,selatan filipina, rohinya ,kemboja dan uirgur pembangunan politik disana harus dilakukan terlebih dahulu supaya tiada penentangan secara menerus. pembangunan boleh dilakukan mengunakan teknik putung api ( bukan macam cerita tun perak tapi diplaigat mengunakan teknik tu jugak) iaitu mengunakan gerila politik. gerila yang bertangunjawap menjatuhkan kerajaan disana dan menbangunkan kembali kerajaan.
tapi bagaimana nak dapatkan kuasa politik di malaysia dan indonesia dahulu? jawapan boleh dilihat dengan jumlah calon yang bertanding di pilihan raya. banyak cara boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa politik atau menang kerusi bertanding. cuma aku tak leh huraikan secara terbuka..nanti orang ingat aku nak cetuskan revolusi pemberontak lak.
tapi jalan cerita hal menang politik ni boleh di plaigat daripada kisah politik presiden iran Mahmoud Ahmadinejad yang menang besar dalam pilihanraya 2005. memang best cerita tuu..
plaigat memang best kan akak SyaSya Bellyna dan abang Khairy Tajudin