Wednesday 31 December 2014

Azam korang

Kau berazam sementara masuk tahun baru? Haha
Apa selama kau hidup kau tak belajar ke?
Azam belum tentu berjaya..

Kau azam tahun ni nak nikah, calon dah ada..
Tapi belum sempat nikah bakal bini kau kena kebas.. kesian dekat kau

Kau azam tahun ni nak berkerja bersunguh sunguh
Tapi kau kerja dengan orang
Tak sempat nak bersunguh kerja
HQ pangil kau bagi surat buang kerja
Kesian ko.. kerja sunguh eh

Kau azam tahun ni nak jadi budak baik
Tapi awal tahun kau dah kena tipu
Sebab kau baik sangat
Kesian..

Oh..aku bosan lol...

Sayonara 2014..
Sesunguhnya aku benci kau.. sangat sangat benci

Azam aku? Aku tak ada azam..
Sebab aku bebas..
Aku cuma nak sepak orang yang minta aku jadi kuli orang lain..
Hidup sederhana.. menungu masa

Thursday 25 December 2014

namida no regret 3


Wasuo matsu tonari de
Yugure sotto narande mitta
Warukunai ne koibito ni mieru kana

Mado garasu ni utsuta
Futatsu no kage chigireru youni
Bokutachi wa, otonani natte yuku

memior tahun pertama 

"okay kelas, saya Puan Maziatul pensyarah bagi subjek bahasa pencaturan C++. Jadi untuk hari ini saya minta kamu semua datang kehadapan perkenalkan diri. Bermula dengan sebelah kanan, silakan!" puan maziatul mengarahkan pelajarnya kehadapan. 
"saya nur amira sulaiman, boleh pangil saya amira " gadis bertudung putih memperkenalkan diri. 
gadis tudung putih itu menarik minat adnan untuk mengenal siapa gerangan amira sebenarnya. Amira adalah orang terakhir memperkenalkan diri.
"okay kelas, oleh kerana hari ini adalah hari pertama kelas bermula, saya bagi kelepasan kepada kamu semua untuk ke perpustakaan, esok saya akan mulakan pelajaran." 

"hai, saya adnan. boleh berbual?" adnan cuba menghampiri amira

namida no regret 2


"Namida no rigureto

Egao kara koboreta
Natsui iruno machi
Kagayaku kara
Sayonara no kawarini
Chiisaku unazuite
Bokutachi wa aruki hajimeru"



"Kau jangan kacau amira lagi, kau faham! sekarang dia kekasih aku. Dia bukan kekasih kau lagi!" Hasan memarahi Adnan. Amira hanya melihat sahaja perbuatan Hasan menarik kolar baju Adnan tanpa ada perasaan untuk meleraikan pergaduhan itu. 

"Kau ingat baik-baik amaran aku ini" selesai berbicara Hasan melepaskan penumbuk ke pipi adnan. 
Adnan jatuh terduduk di pingir dinding menangis bersama hujan malam. Amira berlari mendapatkan Hasan tanpa memandang ke arah adnan lagi. Hati Amira puas melihat Adnan menangis. 
Air mata adnan mengalir deras walaupun wajah adnan cuba tersenyum. 
"sampai hati kau amira, aku mencintai kau sepenuh hati tapi kau.. kau curang amira" dalam tangis adnan berbicara. 

seketika dahulu..

"Amira, aku rasa tak lengkap hidup tanpa kau. urhmmm.. kau jadi isteri aku boleh?" adnan merenung mata amira menungu jawapan.
"hahaha,kau ni dah kenapa adnan? jangan buat lawak lah" Amira mula ketawa mendengar soalan Adnan. "kau nak nikah dengan aku ke?mampu ke kau tu nak tangung aku?"
"kita belajar lagi kan,nanti dah kerja aku masuk lah pinang kau."
"kau pasti ke boleh buat?"
"aku janji akan masuk pinang kau,selepas aku dapat kerja dan rumah"
"okay, aku tengop aje..tapi aku tak janji lah"
"kenapa tak boleh berjanji?"adnan sudah muskil
"tiada alasan,kau cintakan aku ke?"
"i love you"
"boleh percaya ke kata kau tu?" tanya amira tanpa perduli perasaan adnan.


namida no regret 1

namida no regret ...ulang kajian novel


Lyrics to Namida no RegretNamida no rigureto
Egao kara koboreta
Natsui iruno machi
Kagayaku kara
Sayonara no kawarini
Chiisaku unazuite
Bokutachi wa aruki hajimeru

Wasuo matsu tonari de
Yugure sotto narande mitta
Warukunai ne koibito ni mieru kana

Mado garasu ni utsuta
Futatsu no kage chigireru youni
Bokutachi wa, otonani natte yuku

Akira me no warui shouden datte
Itazura ni hanasu youto gao ni
Me wo tojita kedo wakatteru tsumori

Namida wa kanashimi no
Soba ni aru dake janai
Ima konna ni mo itoshiku naru
Hajimari no sayonara
Iena katta yakusoku
Bokutachi wa aruki hajimeru

Denwa suru te itetta
Utsuzuki ga te wo furutte iru
Osana najimi mitaina mono darou te

Sonde mimi bu imama de
Tokai ne kurashite yukeru no
Koraeteru hazuna noni

Namida no rigureto
Egao kara koboreta
Natsui iruno machi
Kagayaku kara
Sayonara no kawarini
Chiisaku unazuite
Bokutachi wa aruki hajimeru

Hontou wa tsuyogari no jibun ga
Kirai ni naru souna kiri yo
Muukurito furikaeru
Kimi no koe ga kikoeta

Kanau ka wakaranai
Demo yuku shikanai darou
Sonna koto shitte miru kara

Namida ni kakuretteru
Kotoba tachi ga kikoeru
Itsuka kanarazu kurushiku naru
Hontou ni sayonara
Modorenai yakusoku wo
Bokutachi wa kakaete yuku noni

Natsu iru no mama kieta


Lyrics to Namida no Regret (Tears of Regret)Tears of regret spilled from a smile
As the summer colors shined brightly from the city
Instead of saying goodbye, we exchange small nods
And we start to move on

As I was waiting for the bus
Twilight seemed to approach slowly
I wondered, we didn't look bad as a couple, did we?

In the window glass
I saw the broken reflection of the two of us
We were trying to grow up

Like a bad boy giving up
You joke about breaking up
With that that subtle face
I still know what you were thinking
Even with my eyes closed

My tears weren't about the heartbreak
Up until now, I still loved you
When we began to say goodbye
I couldn't promise you that we could move on

"I'll call you," you said
But I could tell you weren't telling the truth
From the way your hand was shaking
We were nothing more than just childhood friends

I still hate hearing that
I should have endure the life in the city

Tears of regret spilled from a smile
As the summer colors shined brightly from the city
Instead of saying goodbye, we exchange small nods
And we start to move on

I only feel that I begin to hate myself trying to be strong
Every time I look back at my loss
I would hear your voice

I don't know if I can bear it
But I can't help to keep moving on
We'll see

I hold my tears
I keep hearing words
Saying that one day it'll be hard for me
Is this really goodbye?
It's a promise that we can't take back

The summer colors disappear
[ These are Namida no Regret (Tears of Regret) Lyrics ]

Tuesday 18 November 2014

ASH ANTI buli

BAB 1


Amira merenung wajah adiknya farhan, wajah adiknya sedikit luka kerana bergaduh dengan Chong, budak lelaki gemuk pembuli di sekolah farhan.


        "kenapa jadi bergini? adik kena buli lagi dengan gemuk tu?" kak mira bertanya farhan bagaimana wajah farhan luka boleh berdarah dan bengkap.


“tiada apa kak,adik jatuh tadi!” farhan  cuba berdalih sedangkan wajahnya luka kerana ditumbuk oleh Chong semasa pulang kerumah tadi.            
       
“adik jangan nak tipu akak okay, ini kesan kena tumbuk ni, siapa yang tumbuk adik? budak gemuk tu kan?” kak mira sudah mula baran. “akak bagi tahu ibu,nanti akak minta ibu bagitahu cikgu supaya budak gemuk tu kena denda!” sambung kak mira


Farhan sudah tidak keruan, masih dia ingat amaran Chong selepas menumbuknya. Jika farhan melaporkan perkara ini kepada sesiapa,Chong akan mengajar lebih teruk nanti.


“jangan lah kak,adik takut. Nanti chong buli adik lagi teruk kan” farhan sudah mahu menangis. Farhan takut chong memukulnya lagi teruk dari hari ini jika farhan melaporkan perkara ini kepada cikgu dan ibu.


“baiklah, akak tidak bagi tahu ibu lagi, tapi adik kena belajar bagaiamana nak hentikan budak gemuk tu daripada terus membuli adik, faham??” kak mira memberi keputusan kepadaa farhan
“terima kasih akak, adik akan belajar untuk elakan diri daripada chong” farhan menyapu air mata nya yang hampir mengalir.


Kak mira menyapu ubat di sekitar luka di wajah farhan. Lebam yang berwarna biru seketika lalu sudah hampir hilang warnanya. Sejak pulang daripada sekolah, Farhan masih belum berjumpa dengan ibunya kerana takut ibunya bertanya tentang lebam di wajah farhan.
“ibu mana kak?” tanya Farhan kepada kak mira
“ibu sedang masak di dapur” jawap kak mira sambil menyapu ubat di wajah adiknya


“adik takut ibu bertanya, macam mana ya kak? kalau lebam ni tak hilang sebelum adik jumpa ibu, adik takut ibu tahu”  tanya farhan


kak mira mengeluh kemudian menjawap “ adik bagi tahu ibu yang adik terjatuh,sebab itu adik luka”  sambil menyimpan ubat yang digunakan sebentar tadi.


“akak pasti ibu tak tanya lagi?” farhan terus bertanya


“itu akak tidak tahu,tapi jika adik tidak mahu bagitahu ibu, pandai-pandai adiklah. Tapi jika boleh akak harap adik bagitahu ibu.” kak mira tegas menberi tahu jawapanya.


farhan

Sunday 2 November 2014

#ASH 3 MAT ALI JERMAN bab 1

"Cik boleh masuk,profesor Ovira sedang menunggu cik sejak pagi tadi,silakanlah" mak cik Alissa memberitahu anihah. Anihah baru sahaja sampai di pejabat prof Ovira yang akan menjadi tutor testis masternya disini.
  "hello, i sory late
             Anihah mengeluh, dia berada seorang diri di negara jerman ini, tidak mengenal sesiapa yang boleh membantunya selama di dunia asing ini.
 Selesai sahaja berjumpa dengan prof Ovira iaitu seorang pensyarah universiti munster, pensyarah jurusan sains sosial yang akan menjadi pembimbing anihah dalam menulis testis masternya. Kedatangan anihah ke universiti ceruk jerman ini adalah kerana cadangan prof amanda yang mengajarnya di universiti asmedan,unite kimdom tu.        
  Anihah berlegar -legar di perkarangan universiti , berfikir dimana dia harus mula mencari rumah sewa atau bagaimana dia boleh mendapatkan rumah sewa yang sesuai dengan barjet tempat tinggalnya. Tanpa anihah sedari,dirinya diperhatikan oleh seseorang. 
            "huh!sakit tol dah pukul 3 petang ni,tak kan nak balik hotel dulu sebelum dapat rumah sewa. karang dah kena kuar dah dari h
otel tu." anihah merungut keletihan.
            "hello sir, can i ask somethink?" anihah cuba menegur seorang lelaki yang berjalan kaki kearah kedai berhampiran. lelaki itu melihat anihah sepintas lalu sebelum pergi tanpa menjawap sepatah pun. 
           "ceh!sombong sangat,kan bagus jika aku pandai cakap jerman yang berbelik tu" anihah kembali monolog bosan.
            "hello miss, can i ask somethink??, i hope you can help me please" bibir anihah kembali mecuba mendapatkan pertolongan daripada pengunjung disekitarnya. Akhirnya anihah berhenti meminta tolong, mencari bangku yang kosong untuk mengeluh kembali. 

Saturday 4 October 2014

Biarkan mereka

Remaja islam
Pemuda islam
Sedih jika dibesarkan dengan dadah
Sedih jika dibesarkan tanpa kenal allah
Sungguh sedih
Itu bukan ajaran islam
Islam mahukan anak berilmu
Islam mahukan anak bertakwal
Jadi
Biarkan mereka yang mencari ilmu
Usah dihalang mereka
Jangan biarkan mereka tergelam dalam kealpaan
Halang mereka untuk masa depan

Anak remaja itu

Anak gadis itu
Kini sudah remaja..sadis
Remaja yang hanya kenal seronok
Tidak kenal apa itu allah
Tidak kenal apa itu adat
Tidak bertudung
Bergaul bebas dengan pakaian ketat
Indahkah itu
Tidak! itu seksa
Bila ditegur kita yang salah
Bila polis tahan
Ayahda bebaskan
Ayahda..ya ayahda
Ayah kepada kumpulan remaja itu
Penegah kebaikan..pemberi kebatilan
Oh..indahkan semua Itu

Saturday 27 September 2014

Cerpen kurokuro ( taip guna phone)

"Meh! Makan cendol lagi best daripada layan ko ni" rungut halimah. Sungguh dia tidak berpuas hati dengan kawannya itu, bagitahu nak keluar bersama, tapi tengah jalan dia beringan dengan lelaki tu pulak. Apa dia ingat aku ni bodygurd dan teman dia ke? Sudahlah aku berjalan sorang-sorang.

Tuesday 19 August 2014

entahlah kenapa

aku reka bentuk topeng
setiap kali di tempat kerja baru
topeng aku berubah
setiap perkenalan
aku memakai topeng

ada yang bertanya
kenapa aku sukar ditaksir
kenapa aku tidak mengikut sahaja
arahan seperti hamba dunia yang lain

huh! selagi aku masih berfikir
selagi itu aku bukan hamba dunia
selagi itu aku menjauh
selagi itu topeng aku berubah mengikut detik

dunia tetap dunia
yang berfikir sahaja menguasai nya
yang mahukan kekuasaan sahaja
galak mencari harta

selagi menjadi pekerja
selagi itu tidak akan mampu
menjadi khalifah

Sunday 10 August 2014

Hati ini

Jika hati bimbang
Bila berhenti kerja
Bila simpanan duit semakin kurang

Takut datang
Hati berkata
Bagaimana nak bayar bil air dan api
Bagaimana nak bayar internet
Bagaimana nak bayar pinjaman
Bagaimana dan tetap bagaimana

Jika dalam tekanan carilah ketenangan
Jika dalam kesakitan carilah kesabaran

Dikatakan allah akan membuka jalan
Bagi yang bertakwa kepadanya

Jadi sabar dan bertakwalah di jalan allah
Jadi sabarlah sebentar dengan pangilan pihak bank yang tak henti kunjung tiba
Sabarlah dalam mencari rezeki baru

Tuesday 5 August 2014

Diari sementara 2



01/04/2014

     Aku dengan sabar melihat detik jam bergerak di paparan telefon bimbit ku, pukul 07.30 am
"ah,lambat lagi. aku kena berada disana pukul 09.00 am,bukan jauh pun". Hari ini adalah hari pertama aku akan mula berkerja di syarikat mydin berhad sebagai juruwang. Oleh kerana aku masih menganggur kerana baru sahaja menghabiskan pengajian.

   Aku mula kan langkah aku dengan memberi salam kepada kuburan yang berada di tepi jalan kerana aku berfikir lebih baik membaca surah al-fatihah kepada mereka walaupun aku tidak mengenal siapa di dalam kuburan itu. Lagi pula memberi salam itu sedekah aku kepada mereka. Teringat aku kepada guru ku, beliau mengatakan "hidup ini sementara, apa kita amalkan itulah bekal kita, dan anak-anak kita adalah orang yang warisi apa yang kita amalkan, jika kita bersedekah anak kita akan menjadi suka bersedekah, jika kita menghormati orang tua, anak kita akan hormat yang lebih tua" , sungguh sejak tamat sekolah 5 tahun lalu, aku tidak mendengar cerita lagi tentang guru ku yang telah tua itu.

08.40 am aku sampai di pekarangan hypermarket, aku memakai baju putih bersih macam budak baru datang daftar sekolah. hahahaha sebenarnya agak kelakar bila aku mahu berkerja sebagai juruwang, walaupun bukan kali pertama, tapi oleh kerana ma aku yang asyik bising mintak aku mohon kerja kerajaan, aku memang anti kerja dengan kerajaan terutama polis dan tentera, alasan aku? mudah kerana aku lebih suka menyimpan janggut dan berambut panjang. Jangan ingat janggut dan rambut panjang itu tidak kemas, lihat sahaja Albus Dumbledore cantik berjanggut panjang serta mempunyai rambut yang cantik putih. 

09.00 am selepas mendaftar di pintu masuk pekerja aku menunggu bosan melihat jam besar saiz pemeluk lelaki dewasa berdetik. Menurut pengawai keselamatan aku perlu menungu sehingga pukul 9.30 untuk taklimat pekerja baru oleh pegawai sumber manusia hypermarket. huh! kebosanan menghantui aku.

 

DIARI sementara 1


Huraian: menceritakan kisah "aku" yang berkerja sebagai seorang juruwang di sebuah hypermarket
mydin holding bhd. Kisah ini merupakan hasil yang saya kumpul selama berkerja di hypermarket tersebut, dan mungkin juga ini adalah kisah diari saya sendiri.

Kandungan
Kata pengantar                                                                                                         v-x
Prolog                                                                                                                      1
Bulan 1
Bulan 2
Bulan 3
Bulan akhir
Epilog
              
                                                                            




                                     KATA PENGANTAR

Penulisan cerita ini adalah cara aku menceritakan kisah yang selalu bermain dalam hidup aku, teori yang bermain dalam minda aku, serta pemerhatian aku kepada manusia ,

"hai orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan ( musuh ), makan berteguh-hatilah kamu dan sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung. Dan taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang keluar dari kampungnya dengan rasa angkuh dan dengan maksud riak kepada manusia serta menghalang ( orang ) dari jalan Allah. Dan (ilmu) Allah meliputi apa yang mereka kerjakan"
QS Al Anfal ayat 45-47.


salam permulaan

assalamualaikum, salam perkenalan saya ucapkan kepada guru-guru dan pada kawan penulis..
walaupun ini bukanlah blog pertama saya, tapi ini adalah blog yang mana saya akan serius untuk menulis permainan yang baru. Disini saya akan memohon nasihat daripada kalian bagi membantu saya dalam impian saya bagi mengais sesuap nasi untuk saya menguatkan tulang belakang saya..

saya akan mula menyalin kembali coretan daripada buku-buku conteng kepunyaan saya sehingga terbentuknya naskah novel atau buku yang saya ter ingin menulisnya.. 

saya sebenarnya cemburu dengan penjual air soya di pekan saya, dia menulis buku "panduan solat" 
bila saya bertanya,dia memberi tahu banyak kritikan yang dia terima apabila mendapatkan pemeriksaan oleh pemeriksa buku sebelum buku itu di keluarkan secara besaran,,, dan sekarang dia masih menjual air soya. 

selamat malam 
qatrunada syafiq