Tuesday 19 August 2014

entahlah kenapa

aku reka bentuk topeng
setiap kali di tempat kerja baru
topeng aku berubah
setiap perkenalan
aku memakai topeng

ada yang bertanya
kenapa aku sukar ditaksir
kenapa aku tidak mengikut sahaja
arahan seperti hamba dunia yang lain

huh! selagi aku masih berfikir
selagi itu aku bukan hamba dunia
selagi itu aku menjauh
selagi itu topeng aku berubah mengikut detik

dunia tetap dunia
yang berfikir sahaja menguasai nya
yang mahukan kekuasaan sahaja
galak mencari harta

selagi menjadi pekerja
selagi itu tidak akan mampu
menjadi khalifah

Sunday 10 August 2014

Hati ini

Jika hati bimbang
Bila berhenti kerja
Bila simpanan duit semakin kurang

Takut datang
Hati berkata
Bagaimana nak bayar bil air dan api
Bagaimana nak bayar internet
Bagaimana nak bayar pinjaman
Bagaimana dan tetap bagaimana

Jika dalam tekanan carilah ketenangan
Jika dalam kesakitan carilah kesabaran

Dikatakan allah akan membuka jalan
Bagi yang bertakwa kepadanya

Jadi sabar dan bertakwalah di jalan allah
Jadi sabarlah sebentar dengan pangilan pihak bank yang tak henti kunjung tiba
Sabarlah dalam mencari rezeki baru

Tuesday 5 August 2014

Diari sementara 2



01/04/2014

     Aku dengan sabar melihat detik jam bergerak di paparan telefon bimbit ku, pukul 07.30 am
"ah,lambat lagi. aku kena berada disana pukul 09.00 am,bukan jauh pun". Hari ini adalah hari pertama aku akan mula berkerja di syarikat mydin berhad sebagai juruwang. Oleh kerana aku masih menganggur kerana baru sahaja menghabiskan pengajian.

   Aku mula kan langkah aku dengan memberi salam kepada kuburan yang berada di tepi jalan kerana aku berfikir lebih baik membaca surah al-fatihah kepada mereka walaupun aku tidak mengenal siapa di dalam kuburan itu. Lagi pula memberi salam itu sedekah aku kepada mereka. Teringat aku kepada guru ku, beliau mengatakan "hidup ini sementara, apa kita amalkan itulah bekal kita, dan anak-anak kita adalah orang yang warisi apa yang kita amalkan, jika kita bersedekah anak kita akan menjadi suka bersedekah, jika kita menghormati orang tua, anak kita akan hormat yang lebih tua" , sungguh sejak tamat sekolah 5 tahun lalu, aku tidak mendengar cerita lagi tentang guru ku yang telah tua itu.

08.40 am aku sampai di pekarangan hypermarket, aku memakai baju putih bersih macam budak baru datang daftar sekolah. hahahaha sebenarnya agak kelakar bila aku mahu berkerja sebagai juruwang, walaupun bukan kali pertama, tapi oleh kerana ma aku yang asyik bising mintak aku mohon kerja kerajaan, aku memang anti kerja dengan kerajaan terutama polis dan tentera, alasan aku? mudah kerana aku lebih suka menyimpan janggut dan berambut panjang. Jangan ingat janggut dan rambut panjang itu tidak kemas, lihat sahaja Albus Dumbledore cantik berjanggut panjang serta mempunyai rambut yang cantik putih. 

09.00 am selepas mendaftar di pintu masuk pekerja aku menunggu bosan melihat jam besar saiz pemeluk lelaki dewasa berdetik. Menurut pengawai keselamatan aku perlu menungu sehingga pukul 9.30 untuk taklimat pekerja baru oleh pegawai sumber manusia hypermarket. huh! kebosanan menghantui aku.

 

DIARI sementara 1


Huraian: menceritakan kisah "aku" yang berkerja sebagai seorang juruwang di sebuah hypermarket
mydin holding bhd. Kisah ini merupakan hasil yang saya kumpul selama berkerja di hypermarket tersebut, dan mungkin juga ini adalah kisah diari saya sendiri.

Kandungan
Kata pengantar                                                                                                         v-x
Prolog                                                                                                                      1
Bulan 1
Bulan 2
Bulan 3
Bulan akhir
Epilog
              
                                                                            




                                     KATA PENGANTAR

Penulisan cerita ini adalah cara aku menceritakan kisah yang selalu bermain dalam hidup aku, teori yang bermain dalam minda aku, serta pemerhatian aku kepada manusia ,

"hai orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan ( musuh ), makan berteguh-hatilah kamu dan sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung. Dan taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang keluar dari kampungnya dengan rasa angkuh dan dengan maksud riak kepada manusia serta menghalang ( orang ) dari jalan Allah. Dan (ilmu) Allah meliputi apa yang mereka kerjakan"
QS Al Anfal ayat 45-47.


salam permulaan

assalamualaikum, salam perkenalan saya ucapkan kepada guru-guru dan pada kawan penulis..
walaupun ini bukanlah blog pertama saya, tapi ini adalah blog yang mana saya akan serius untuk menulis permainan yang baru. Disini saya akan memohon nasihat daripada kalian bagi membantu saya dalam impian saya bagi mengais sesuap nasi untuk saya menguatkan tulang belakang saya..

saya akan mula menyalin kembali coretan daripada buku-buku conteng kepunyaan saya sehingga terbentuknya naskah novel atau buku yang saya ter ingin menulisnya.. 

saya sebenarnya cemburu dengan penjual air soya di pekan saya, dia menulis buku "panduan solat" 
bila saya bertanya,dia memberi tahu banyak kritikan yang dia terima apabila mendapatkan pemeriksaan oleh pemeriksa buku sebelum buku itu di keluarkan secara besaran,,, dan sekarang dia masih menjual air soya. 

selamat malam 
qatrunada syafiq