Wednesday 8 April 2015

Pengalaman menbantu kawan tanam mayat

Pengalaman menbantu kawan tanam mayat

Pada pagi yang belum muncul cahaya matahari. Aku masih cuba lelap sebelum handphone 3310 warisan datuk ku berbunyi. Sadis diri ku ini.. neo menhubungi aku pagi itu meminta pertolongan. Neo menjanjikan aku sebuah handphone sony z1 yang cangih gedabak tu. Dengan segera aku pergi ke rumah neo yang terletak di kampung sebelah.

Sampai sahaja di rumah neo. Aku melihat neo sedang muram di atas tangga rumahnya. "Ko kenapa neo?" Aku mula menyoal neo
"Bro.. ko kena tolong aku bro.. bini aku dan meninggal.. " neo merenung aku dengan wajah muram..
"Bella dan meninggal? Sebab apa? Semalam sihat aje aku tengop dia" aku kaget mendengar khabar itu. "Bini aku mati sebab makan cokodok buatan dia sendiri. Ko tolong aku tanam mayat dia." Nel mengajak aku ke dalam rumahnya.
"Aku dah siap mandikan mayat ni dan kapankan. Ko ikut aku gali liang lahad dan tanam" sambung neo. " boleh aje, asal ko bg aku z1 baru satu" aku terima tugas yang neo bagi. " nanti dah siap tanam ko bacakan talqin sekali" neo mula mengangkat mayat bella. 

Selesai sahaja mayat ditanam aku mula berdiri disisi kubur bagi menbacakan talqin. " wahai bella binti saleh , isteri neo bin neoron. Dengarkan ini. Bila sahaja suami kamu pulang ketahuilah kamu dia akan mencari penganti kamu sebelum sampai ke rumah dia. Jadi kamu"
Tiba tiba ada bunyi orang menjerit.
AaaaarRrrkkkkkk!!!!!!!!
"Bunyi apa tu" neo terkejut. Aku yang ketakutan melihat ke arah kubur bella. " neo tengop kubur bella". Kaki aku sudah terkaku.

Sehingga sekarang tiada yang tahu kejadian sebenar yang berlaku