Friday 25 March 2016

Skrip kebangsaan ( bantahan malayan union )

Bantahan malayan union
Watak watak
Abg wan -
Mus -
Qk -
Syawal -
Naja -
Aina-
Farah-
Fifa-
Tikah -
Sha-
Syafiq -
Guthaman -


state on

Drama pegawai bristih mendapatkan tandatangan raja bagi membentuk melayan union.

Qk: my king, you must sign this agreement. If not you will be history.
Abg wan: agreement ni pasal apa?
Qk: we , a royal british govement want crate malayan union that will make you step down from royal.
Abg wan: sejak bila british ada kuasa nak turun kan kuasa diraja beta? Loklak po dio
Qk: just sign this.. If not we will kill you. 

State 1 end

State 2
Naja: british nak bentuk union di tanah melayu? Apa ke benda nama nya itu? Malayam union?
Sha: malayan union lah. Bukan malayam.
Naja: baru aku tahu.dah tu tahta raja bagaimana?
Sha: entah lah, aku pun tak tahu macam mana kedudukan raja lepas pembentukan malayan union.
Aina: tadi aku ada baca risalah pembentukan malayan union tu, british akan mengunakan prinsip jus soli. 
sha: apa maksud jus soli tu?aku tak faham
aina: jus soli tu maksud dia kemasukan atau penerimaan taraf secara pukal. mana mana bangsa boleh jadi warganegara. 
sha: bahaya untuk kedudukan anak bangsa kita nanti kalau ke warganegaraan macam tu,persaingan nak dapatkan rumah dan tanah kuat nanti. 
aina: itulah masalah nya, lagi satu raja raja melayu sudah tiada kuasa lagi selepas pembentukan malayan union tu nanti. 
naja: kenapa pula? british buat apa?
aina: british nak kuasai seluruh sistem pemerintahan tanah melayu jadi mereka akan sisihkan kuasa raja. sebab tu mereka tulis dalam artikel tu yang raja masih berkuasa dalam hal ehwal agama, tapi setakat agama islam sahaja lah. perkara lain raja tak boleh sentuh. 
naja: macam mana raja boleh beri persetujuan bagi pembentukan malayan union ni. 
aina: aku dengar orang raja bercerita berkenaan tu, mereka cakap yang raja raja dipaksa untuk menantangani persetujuan jika tidak mahu di turunkan tahta atau di luncutkan kuasa serta diganti oleh raja boneka pilihan british. 
sha: teruk sangat. kita harus bantah pembentukan ini. 
aina: ayuh! kita pergi bantah
naja: kita ajak semua orang melayu bantah pembentukan malayan union. kita sebar berita sebelum terlambat. 

state 2 end

state 3 


syawal: kita orang melayu harus bantah cadangan british bagi membentuk malayan union. pembentukan ini akan merugikan kita ( laungan yang kuat  di pasar yang ramai orang )
mus: benar tuan dan puan sekalian, pembentukan malayan union akan memusnahkan bangsa kita. oleh yang demikian  haruslah seluruh orang melayu bangkit melawan british, apakah tuan tuan lupa peristiwa ketika zaman penjajahan jepun dahulu? 
tikah: kami tidak lupa, masih perit rasanya melalui zaman itu
mus: benar kata kata puan itu, masih sukar bagi kita untuk melupakan zaman penjajahan jepun itu. dan apakah tuan dan puan akan mengulang perkara yang sama, memberikan peluang yang sama kepada penjajah? kita harus bangkit 
syawal: tuan puan harus ingat , penjajah hanya mengaut untung dan mengutip emas dan harta kita sehingga kita menjadi kering kontang. sebelum perkara itu terjadi haruslah kita membentuk negara kita sendiri dan menghalau british daripada tanah kita. 
tikah:benar kata kata tuan berdua, kita harus bangkit menghalau british dan bentuk negara kita sendiri. malayan union mengamalkan prinsip tidak adil dan akan menyusahkan kita kelak. 

state 3 end

state 4 

mesyuarat membantah malayan union dengan british

fifa: sempena perhimpuan ini, saya dengan lantang membantah cadangan pembentukan malayan union. 
gut : kenapa harus dibantah? prisip jus soli dapat membantu kami orang bukan penduduk asal tanah melayu.
fifa: prinsip jus soli itu memburukan keadaan, malah penerimaan kemasukan warganegara secara pukal boleh membuatkan keselamatan negara terjejas. lagi satu cara  Sir Harold MacMichael mendapatkan persetujuan raja raja melayu dengan mendesak dan memaksa tidak kami sukai. jadi atas alasan apa kami harus menerima pembentukan malayan union ini. 
gut: jika malayan union tidak jadi dan satu negara diraja dibentuk bagaimana dengan kami? kami sudah tidak dapat pulang ke negara asal kami. 
fifa: itu saya pasti akan dapat diselesaikan jika kalian memohon menjadi warganegara kelak. pasti kerajaan izinkan dengan syarat tertentu. 
gut: jika bergitu ,lega kami mendengarnya. 


Tuesday 22 March 2016

Dialog 22/03/2016

Dj neolofa: Kita ada  Jebat Iskandar di talian, hello awak.. Tengah buat apa?

Jebat: tengah menungu lif dekat pejabat ni, ceria neolofa malam ni.

Dj neolofa: haha,mestilah ceria, jebat nak tuju lagu kepada siapa ya?

Jebat: saya nak tuju lagu kepada isteri isteri saya, kepada isteri pertama Mysa yang berada di pengkalan chepa. Abang rindu sayang. Kepada isteri kedua Zara yang berada di phucong. Sedap darling masak semalam. Kepada isteri ketiga Cik Kucing yang berada di melaka tu, malam nanti kita jumpa ya baby.. Tak lupa juga kepada isteri ke empat Gula yang berada di kuala lumpur, manja tetap cantik di mata abang. Dengarkan lah lagu namida no regret nyayian scandal. Terima kasih neolofa..

Dj neolofa: waa..panjang ucapan jebat. Baiklah dengarkan lagu permintaan jebat buat isteri isterinya.

Wednesday 2 March 2016

03/03/2016

"Bro kalau awek tu tolak lamaran kau nanti, apa kau akan buat?" hafiz bertanya sahabat baiknya amran. Amran merenung kaki langit mencari jawapan soalan hafiz.

"Kalau awek tu tolak lamaran aku.  Aku rasa aku akan ke luar negara.. Pergi europah cari gadis rambut blonde dan wajah ala ala avril lavinge masa dia muda dulu. Pasal awek tu tolak lamaran aku,tidak mengapalah. Sudah tiada jodoh tapi hidup tetap kena teruskan." panjang lebar amran menjawap soalan hafiz..

"Kalau bergitu tidak mengapalah.. Kau pergi lah sana cari perawan yang sudah jatuh cinta dengan kau di sana, cuma bila dah bernikah tu jangan lupa balik sini pulak. Tak da kawan aku nanti nak sembang..haru bro!" hafiz menyatakan isi hati sambil membetulkan seluar nya . sebentar lagi hafiz akan menemani amran masuk merisik anak pak ismail.

Vlad qatrunada