Sunday 10 May 2015

Angin 10/5/2015

Tanya pada angin
Kenapa aku harus melihat kebodohan ini
Bayu lembut hembusan angin tersenyum
Jawaplah angin
Kenapa aku harus melihat sikap penyebar fitnah ini
Angin riang mendengar pertanyaan ku
Jawaplah angin
Kenapa aku melihat penipu pengkianat berkuasa
Angin meniup lembut menyabarkan
Jawaplah angin
Adakah ini ujian buat aku..
Ujian bersama golongan tidak berfikir
Golongan fitnah dan pendusta
Jawaplah angin
Usah berdiam bicara
Aku.. aku tidak tega bersama mereka
Aku tidak tega mendengar fitnah
Aku tidak tega ditipu dan dikhianat
Aku tidak mahu itu semua
Wahai angin
Bicaralah dengan ku
Hanya pada mu aku berteman
Teman dalam ujian ilahi ini
Bicaralah angin

Vlad qatrunada

Monday 4 May 2015

Stress budak psiko

stress budak psiko

Aku sampai di pantai lembah bidong. Pantai yang tenang tanpa pengunjung salah satu sebab aku memilih pantai ini. Tenang itu keperluan dan aku boleh bersendirian. Aku teringat kisah semalam.

Semalam aku kena marah dengan ketua bahagian akaun si pembuli misai. Kuncu dia si pendek buncik selalu mengambil kesempatan. Bila dia ada kerja yang harus disiapkan dia akan paksa aku melakukan nya. Bila aku menbantah si pembuli misai akan masuk campur dengan mengugut akan menburukan rekod kerja aku sebelum dihantar ke HQ. Bekerja dengan dengan mereka sudah tidak jadi "dengan" tetapi sudah menjadi "untuk". bekerja untuk mereka. Semalam aku kena marah kerana aku tidak siapkan kerja yang si pendek buncik tu paksa aku siapkan malah aku rosakan data yang seharusnya ditulis dengan betul. Semalam juga aku diberikan notis 24 jam berhenti kerja oleh HQ kerana kesalahan itu dengan nasiht si pembuli misai. Oleh kerana hari ini hari terakhir aku. Aku tidak pergi pun ke tempat kerja, aku juga telah menbawa pulang semua barang aku selepas menerima notis itu jadi tiada keperluan buat aku pergi kesana kembali.

Hari ini.. aku hanya nak rehat di pantai ini.
"ALLAH" aku melaungkan nama tuhan seraya melompat ke langit.
Aku melepaskan tumbukan berunsur angin ke arah laut. Tumbukan itu menyebabkan air laut bergelora seperti tembakan peluru daripada mesim gundam yang dipandu akira yamoto dalam siri gundam ace. Selepas menumbuk aku melepasan libasan kaki bersama unsur api. Terus sahaja air laut menjadi wap air. Kabus yang terjadi hasil libadan kaki tadi tidak menghalang aku untuk menembak bebola api ke arah langit seolah tiada apa di sana malah tidak diketahui sampai kemana bebola yang aku tembak tu. Langit seolah terang tanpa awan kerana tembakan aku tadi.

Sedetik detik jam berbunyi menyedarkan aku daripada khayal.
Aku kembali kepada hakikat yang aku telah kena buang kerja.. walaupun selama ni aku bekerja keras..

Salah orang lain..tapi aku yang dipersalahkan..