Tuesday 25 April 2017

Bab 87

Hafis memandang ali yang asyik merenung ke arah laut. "Ali, apa makna cinta dan nikah bagi kau?" hafis mula menyoal.
Ali yang sedang temenung dalam khayalan tersedar sebentar.
"Cinta dan nikah ya" ali mengurut janggut berserabut nya itu sambil kembali memandang laut. "Gadis yang dicintai belum tentu dapat dinikahi, nikah pula perlu melihat siapa keluarga gadis itu,siapa dan apa sikap kawan kawan gadis itu, walaupun hati mencintai sepenuh jiwa belum tentu gadis itu juga mencintai seperti cinta kita. Adakala orang mengata kita walaupun kita tidak berbuat apa, bila cuba dekati kita dijauhi. Bila menjauh terasa hati lagilah dikutuk orang. Dengan kata lain cinta dan nikah itu sesuatu yang sukar diertikan tanpa kerjasama dan pandangan baik daripada orang sekeliling pasangan dan kita sendiri. Mulut orang sukar diduga baik atau buruk" ali menyudahkan pendapatnya..

Friday 25 March 2016

Skrip kebangsaan ( bantahan malayan union )

Bantahan malayan union
Watak watak
Abg wan -
Mus -
Qk -
Syawal -
Naja -
Aina-
Farah-
Fifa-
Tikah -
Sha-
Syafiq -
Guthaman -


state on

Drama pegawai bristih mendapatkan tandatangan raja bagi membentuk melayan union.

Qk: my king, you must sign this agreement. If not you will be history.
Abg wan: agreement ni pasal apa?
Qk: we , a royal british govement want crate malayan union that will make you step down from royal.
Abg wan: sejak bila british ada kuasa nak turun kan kuasa diraja beta? Loklak po dio
Qk: just sign this.. If not we will kill you. 

State 1 end

State 2
Naja: british nak bentuk union di tanah melayu? Apa ke benda nama nya itu? Malayam union?
Sha: malayan union lah. Bukan malayam.
Naja: baru aku tahu.dah tu tahta raja bagaimana?
Sha: entah lah, aku pun tak tahu macam mana kedudukan raja lepas pembentukan malayan union.
Aina: tadi aku ada baca risalah pembentukan malayan union tu, british akan mengunakan prinsip jus soli. 
sha: apa maksud jus soli tu?aku tak faham
aina: jus soli tu maksud dia kemasukan atau penerimaan taraf secara pukal. mana mana bangsa boleh jadi warganegara. 
sha: bahaya untuk kedudukan anak bangsa kita nanti kalau ke warganegaraan macam tu,persaingan nak dapatkan rumah dan tanah kuat nanti. 
aina: itulah masalah nya, lagi satu raja raja melayu sudah tiada kuasa lagi selepas pembentukan malayan union tu nanti. 
naja: kenapa pula? british buat apa?
aina: british nak kuasai seluruh sistem pemerintahan tanah melayu jadi mereka akan sisihkan kuasa raja. sebab tu mereka tulis dalam artikel tu yang raja masih berkuasa dalam hal ehwal agama, tapi setakat agama islam sahaja lah. perkara lain raja tak boleh sentuh. 
naja: macam mana raja boleh beri persetujuan bagi pembentukan malayan union ni. 
aina: aku dengar orang raja bercerita berkenaan tu, mereka cakap yang raja raja dipaksa untuk menantangani persetujuan jika tidak mahu di turunkan tahta atau di luncutkan kuasa serta diganti oleh raja boneka pilihan british. 
sha: teruk sangat. kita harus bantah pembentukan ini. 
aina: ayuh! kita pergi bantah
naja: kita ajak semua orang melayu bantah pembentukan malayan union. kita sebar berita sebelum terlambat. 

state 2 end

state 3 


syawal: kita orang melayu harus bantah cadangan british bagi membentuk malayan union. pembentukan ini akan merugikan kita ( laungan yang kuat  di pasar yang ramai orang )
mus: benar tuan dan puan sekalian, pembentukan malayan union akan memusnahkan bangsa kita. oleh yang demikian  haruslah seluruh orang melayu bangkit melawan british, apakah tuan tuan lupa peristiwa ketika zaman penjajahan jepun dahulu? 
tikah: kami tidak lupa, masih perit rasanya melalui zaman itu
mus: benar kata kata puan itu, masih sukar bagi kita untuk melupakan zaman penjajahan jepun itu. dan apakah tuan dan puan akan mengulang perkara yang sama, memberikan peluang yang sama kepada penjajah? kita harus bangkit 
syawal: tuan puan harus ingat , penjajah hanya mengaut untung dan mengutip emas dan harta kita sehingga kita menjadi kering kontang. sebelum perkara itu terjadi haruslah kita membentuk negara kita sendiri dan menghalau british daripada tanah kita. 
tikah:benar kata kata tuan berdua, kita harus bangkit menghalau british dan bentuk negara kita sendiri. malayan union mengamalkan prinsip tidak adil dan akan menyusahkan kita kelak. 

state 3 end

state 4 

mesyuarat membantah malayan union dengan british

fifa: sempena perhimpuan ini, saya dengan lantang membantah cadangan pembentukan malayan union. 
gut : kenapa harus dibantah? prisip jus soli dapat membantu kami orang bukan penduduk asal tanah melayu.
fifa: prinsip jus soli itu memburukan keadaan, malah penerimaan kemasukan warganegara secara pukal boleh membuatkan keselamatan negara terjejas. lagi satu cara  Sir Harold MacMichael mendapatkan persetujuan raja raja melayu dengan mendesak dan memaksa tidak kami sukai. jadi atas alasan apa kami harus menerima pembentukan malayan union ini. 
gut: jika malayan union tidak jadi dan satu negara diraja dibentuk bagaimana dengan kami? kami sudah tidak dapat pulang ke negara asal kami. 
fifa: itu saya pasti akan dapat diselesaikan jika kalian memohon menjadi warganegara kelak. pasti kerajaan izinkan dengan syarat tertentu. 
gut: jika bergitu ,lega kami mendengarnya. 


Tuesday 22 March 2016

Dialog 22/03/2016

Dj neolofa: Kita ada  Jebat Iskandar di talian, hello awak.. Tengah buat apa?

Jebat: tengah menungu lif dekat pejabat ni, ceria neolofa malam ni.

Dj neolofa: haha,mestilah ceria, jebat nak tuju lagu kepada siapa ya?

Jebat: saya nak tuju lagu kepada isteri isteri saya, kepada isteri pertama Mysa yang berada di pengkalan chepa. Abang rindu sayang. Kepada isteri kedua Zara yang berada di phucong. Sedap darling masak semalam. Kepada isteri ketiga Cik Kucing yang berada di melaka tu, malam nanti kita jumpa ya baby.. Tak lupa juga kepada isteri ke empat Gula yang berada di kuala lumpur, manja tetap cantik di mata abang. Dengarkan lah lagu namida no regret nyayian scandal. Terima kasih neolofa..

Dj neolofa: waa..panjang ucapan jebat. Baiklah dengarkan lagu permintaan jebat buat isteri isterinya.

Wednesday 2 March 2016

03/03/2016

"Bro kalau awek tu tolak lamaran kau nanti, apa kau akan buat?" hafiz bertanya sahabat baiknya amran. Amran merenung kaki langit mencari jawapan soalan hafiz.

"Kalau awek tu tolak lamaran aku.  Aku rasa aku akan ke luar negara.. Pergi europah cari gadis rambut blonde dan wajah ala ala avril lavinge masa dia muda dulu. Pasal awek tu tolak lamaran aku,tidak mengapalah. Sudah tiada jodoh tapi hidup tetap kena teruskan." panjang lebar amran menjawap soalan hafiz..

"Kalau bergitu tidak mengapalah.. Kau pergi lah sana cari perawan yang sudah jatuh cinta dengan kau di sana, cuma bila dah bernikah tu jangan lupa balik sini pulak. Tak da kawan aku nanti nak sembang..haru bro!" hafiz menyatakan isi hati sambil membetulkan seluar nya . sebentar lagi hafiz akan menemani amran masuk merisik anak pak ismail.

Vlad qatrunada

Monday 28 December 2015

kesian korang


Amira Norliaya Ziana
 merenung wajah sahabat baiknya Jebat Iskandar danLee Pah.
"korang ni sampai bila nak bersedih? Janna Nick tu dah selamat di hijabkabulkan dengan Apex Ismail tu. korang jangan jadi macam Helmi Effendy tu. Lepas tahu je janna nak bernikah terus dia terbang ke turki jual nasi lemak dekat masjid biru istambul tu" amira marah betul dengan tiga orang kawannya ini.
Dulu ketika janna nick single lagi tak pula mereka masuk meminang. Alih alih dengar cerita janna bernikah terus menyesal bersedih macam karang busuk.Gula Gula Kayu dah gelak besar bila melihat wajah jebat dah lee, langsung tidak berasa kasihan dekat mereka berdua.
"wei, Qalam Si Jahil jom kita gerak, tak usah layan dua mamat ni. bukan tak da yang single lagi dekat malaysia ni" amira mengajak fisah bergerak balik ke rumah. " Syarifah Mieyra Hamzah ko nak balik sekali tak?" amira menyoal munirah dan mieyra teman serumah sewa.
Fisah yang masih belum menghabiskan makanan sekadar memerhati amira. "aku nak makan dulu. nanti aku balik naik LTR tak pun aku tumpang skuterCik Kucing" jawap fisah.
"okay, aku gerak dulu" amira bergerak meningalkan meja bersama syarifah dan mieyra untuk pulang ke rumah.
mata layu jebat sekadar mengikuti pergerakan amira dan kawannya meningalkan dia. lee pula masih menangis tersedu sedu di menenangkan jiwa hati dan bungga yang dia semai sudah menjadi milik orang lain.
******
jauh di tanah istambul
helmi yang masih bersedih akan pernikahan jannah tengah menyurung nasi lemak resepi bonda. "oh sayang ku nurul jannah.. kenapa kau menolak pinangan daku.. kenapa harus kau pergi kepada dia" hati helmi melontar lontar nada kesedihan.
"assalamualaikum, encik saya nak nasi lemak satu" seorang pembeli menyapa helmi. Helmi menghulurkan sebungkus nasi
"tiga lira cik" helmi masih tidak memandang wajah pembeli itu.
pembeli menghulurkan duit sebanyak lima lira kepada hellmi.
"ini baki cik, 2 lira" helmi memulangkan baki duit kepada pelangan itu sambil cuma memandang mata pelangang nya.
"lawa" suara hati helmi berkata-kata
karya Amir Waqiuddin
nama pena Muhammad Azimuddin
editor Mawar Ni
pengarah Hijazz Crew dan Huda Hadi
vlad qatrunada

Monday 10 August 2015

Hantaran 50k

"Mak telah tetapkan duit hantaran rm 50k" mya bagitahu zam.
Zam yang sedang menghirup secakir milo tenang mendengarnya.
"Zam dengar tak ni?" Mya sakit hati zam seolah tidak mendengar. "Ya,zam dengar.. " zam tenang menjawap.
Mya lega mendengarnya..
"Bila zam nak masuk meminang?" Mya bertanya.
"Bila cukup duit nanti lah" zam acuh tak acuh menjawap. Huh! 50k tu bukan sikit,baik aku nikah dengan awek thailand lagi cantik dan murah ..hati zam berkira kira..
"Nanti mya bagitahu mak mya abg setuju ya" mya senyum gembira. Kening zam terangkat.."bila pula zam setuju, zam cakap nanti lah zam fikir" zam bangun ke kaunter bayaran.
Mya terkedu mendengar kata kata zam.. "zam nak nikah dengan mya ke tak ni?" Mya mula rasa marah. Zam melihat mya tanpa rasa ingin menjawap. Zam terus berlalu pergi meningalkan mya.

Thursday 25 June 2015

Drama kehidu

Haru betul.. aku nak cerita ni

Le me dekat celoh batu pantai mengabang telipot. Hujan lebat tidak mengangu tumpuan aku terhadap laut. Angin sejuk langsung aku tidak terasa walaupun malam kian mengelap tanpa bulan.

"Bro,ko dah dapat ikan belum?" Satu suara menyapa aku. Aku menoleh ke atas batu sambil tersenyum.

"Dapat dah sekor, ikan sembilan"
"Berat berapa?"
"Dalam setengoh kilo kot"
"Mung pakai umpan gapo?"
"Roti gradineia"

Abang yang bertanya tu kaget. Biar betul budak ni.

"Ko okay tak ni?mana ada orang ngail pakai umpan roti"
Aku tersenyum
" aku tak okay,hahahaha"
"Cuba royak ke aku,bakpo mung sadis sangat ni"
"Aku baru tahu awek aku dah bertunang hari ni, raya ke 5 kekgi dia nikoh doh" jujur aku bercerita.
"Parok gok tu, doh mung cari lain ah"
"Kalau mudoh dok apa jugok.. tapi sedih tol hati ni" tangan aku menbaling umpan joran ke arah laut
"Gini ah.. mung royak ke aku,awek guana mung minat" serius abang tu bertanya.
"Awek hok sejuk mata memandang, tapi tak da mood nak ngorat awek dalam masa terdekat ni.. nok nok lagi awek dekat ganu ni"
"Mung penoh join tabligh kan?"
"Penoh ah sekali zaman belajar"
"Bagus ah kalau gitu, masa gini ah mung molek kuar jemaah. Keluar negara rehat kan minda mung tu. Mung tahap kritikal doh kalau ngail pun bahan roti buat umpan" aku tersenyum..
"Mung ada pitih dok?" Abang tu terus bertanya.
"Ada lah sikit simpanan, simpan untuk nikoh..tapi jadi gini gok..boleh guna lah sikit."
"Gini, mung kuar ah negara mana mung nok ge.. masa mung kuar tu mung belajar bab agama sambil cari awek hok mung kenang.tapi tengop gitu aje lah..bukan cari sunguh " abang tu utarakan cadangan nya.
"Boleh ke gitu? Pusat tak maroh ke? Penoh dengar jemaah tak leh nikoh masa kuar tabligh"
" Ni aku nok royak ni! Masa mung kuar tengop hok mung kenang doh ah. Sambil usha dia tu dah berpunya atau tak. Lepas tamat jemaah,mung gi ah mula tempat tu lamar gadis tu. Insyakallah jodoh tak kemana"
Idea abang ni sangat bernas.
"Abang macam penoh buat aje?" Soal ku. Abang tu tersenyum.
"Aku pun macam mung jugok dulu, awek kena kebas dengan orang lain. Leni bini aku orang rusia. Awek blonde sana comel sangat."
Bergitu rupanya..dalam kesedihan malam ni aku dengar cadangan bernas.
"Kalau mung susoh nok cari, merantau lah seluruh dunia. Insyakallah bertemu jugok nanti.. dok apa lah..aku nok duk kat celoh batu nung. Jaga diri mung molek. Assalamualaikum." Abang tu sudah berjalan pergi

"Waalaikumusalam,terima kasih bro"
Aku tersenyum.. jalan keluar yang menarik..aku akan cari pengantimu bekas kekasih.